SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Ahad, Oktober 06, 2013

Istiadat Penganugerahan Pengakap Raja Negeri Selangor 2013

Seramai 159 ahli pengakap Remaja Negeri Selangor telah dianugerahkan Pengakap Raja 2013 di Istiadat Penganugerahan Pengakap Raja 2013 di Mutiara Eco Resort, Semenyih. Seramai 2 orang pengakap Remaja SMK Sungai Choh telah dinobatkan Pengakap Raja iaitu Hanif bin Azmi dan Nur Shazana bt Suhaimi. Tahniah kepada mereka berdua. Turut hadir di majlis yang sama ialah Puan Pengetua Hajah Jamilah bt Hussein dan kedua ibu bapa pelajar. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr Shafie Hj Mohd Salleh.