SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Julai 14, 2010

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PERUNTUKAN RM 100,000.00

Taklimat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan tandas murid lelaki, tandas murid perempuan, tandas guru lelaki dan tandas guru perempuan telah disampaikan oleh En. Fauzi b. Mat Isa - Pegawai dari JPNSDE. Kerja penyelenggaraan yang bakal dilaksanakan adalah pengubahsuaian, penyelenggaraan tangki air, menukar jubin lantai dan dinding, mengganti pintu, membaiki saluran paip serta kerja-kerja yang berkaitan. Turut hadir ialah En. Zailani - Pen. Penyelia Pembangunan Daerah, PPD Hulu Selangor


Plan tandas guru lelaki dan guru perempuan yang akan mengalami sedikit pengubahsuaian

Suasana taklimat di Bilik Mesyuarat

Sebahagian dari para kontraktor yang mendengar taklimat
En. Mohd. Radi b. Razali - YDP. PIBG bersama En. Nordin b. Abdul Rahman turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Fauzi b. Mat Isa. Terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi melapangkan masa dan memberi penerangan ringkas mengenai keperluan penyelenggaraan sekolah kepada En. Fauzi sebelum sesi taklimat bermula.
En. Fauzi b. Mat Isa sedang memberi taklimat kepada kontraktor-kontraktor

Kontraktor turut dibawa melawat rumah pam yang akan diganti pendawaian letriknya.