SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Julai 09, 2010

SELAMAT DATANG YB. P.KAMALANATHAN

Seluruh warga SEMESCO mengalu-alukan kedatang YB. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor

Pemangku Pengetua, Pn. Hjh. Nor'aini mengucapkan selamat datang dan beliau berbangga atas kesudian YB. P. Kamalanathan datang ke SMKSC. Beliau berharap pelajar yang layak akan diberikan kemudahan mendapatkan sumbangan komputer bimbit

YDP PIBG - En. Mohd. Radi B. Razali mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB. P. Kamalanathan atas kejayaan beliau memenangi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Beliau mengajukan beberapa permintaan untuk memenuhi hasrat kerajaan mengenai "seorang murid satu sukan" iaitu:

1. Membina bumbung antara Blok A dan Blok B

2. Kemudahan gelanggang sukan untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui sukan seperti gelanggang sepak takraw, badminton, Bola Baling, Bola jaring.

YB. P. Kamalanathan berasa terharu atas sambutan yang diberikan, beliau menyatakan bahawa kerajaan pusat menekankan Program Biana Insan melalui pendidikan agar generasi muda cemerlang dalam keseluruhan aspek untuk mereka memenuhi tuntutan masyarakat 1 Malaysia
YB. P.Kamalanathan mengingatkan pelajar bahawa guru akan buat yang terbaik untuk mereka, jadi hargailah kepimpinan mereka, elakkan pemikiran pelajar terpesong dari semangat 1 Malaysia serta menghayati semangat perjuangan kemerdekaan

Selepas sesi penerangan mengenai aktiviti pelajar, kejayaan dan permasalahan sekolah di Makmal Komputer, beliau telah berbincang bersama GPK Akademik, YDP PIBG, TYDP PIBG mengenai apakah langkah yang perlu dan patut diambil untuk menjayakan apa yang dirancang.

Semua tetamu menjamu selera di Bilik Mesyuarat selepas selesai sesi taklimat di Makmal Komputer
Sekali lagi, seluruh warga SMKSC mengucapkan terima kasih atas kesudian YB. P.Kamalanatan datang ke sekolah kami serta mendengar apa jua bentuk rungutan yang kami alami. Salam 1Malaysia.