SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Julai 06, 2010

SELAMAT BERTUGAS

Alu-aluan kedatangan Pn. Hjh. Habshah dalam Laman Web sekolah baru tempat beliau bertugas di SMK. Seksyen 5 Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan

Pn. Hjh. Habshah bt Abdul Kudus telah bertukar ke SMK. Seksyen 5, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. Beliau telah melaporkan diri di sekolah tersebut pada 6 Julai, 2010 (Selasa). Seluruh warga SEMESCO mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru. Pertukaran beliau demi tugas, kami mohon maaf terhadap apa jua kesalahan yang telah kami lakukan. Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah beliau curahkan di SMKSC.
Tahniah kepada Pn. Hjh. Nor'aini bt Abdul Muin kerana memangku jawatan Pengetua SMK. Sg. Choh. Semoga SMKSC akan lebih mantap dan maju dibawah pimpinan beliau