SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Julai 30, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN SESI PETANG



Pelajar dan guru sesi petang mengadakan Majlis Bacaan Yasin di surau SMKSC.

SKETSA


Pelajar PPU-B-D yang diketuai oleh Mohd. Sufi b. Khairul, sedang berlatih sketsa mempromosikan produk untuk mata pelajaran PP mereka. Mereka akan mempersembahkan sketsa sempena Pelancaran Kempen Bulan Kemerdekaan kali ke-53 pada hari Isnin (2/8/2010)








PROGRAM BACAAN YASIN DAN PENDIDIKAN MORAL

Seperti biasa, perjumpaan dan aktiviti pelajar Pendidikan Moral dijalankan di Tangga Kambing manakala Guru dan pelajar Islam mengadakan majlis bacaan Yasin di Dewan Bestari

PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Pemasangan Jalur Gemilang diteruskan untuk menyemarakkan lagi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-53. Terima kasih atas kerjasama pelajar yang membantu menjayakan pemasangan Jalur Gemilang tersebut

OLYMPIK MUDA

Pemilihan pemain untuk menyertai pertandingan Olympiad muda telah diadakan pada hari ini.



AKTIVITI UNIT BERUNIFORM PELAJAR SESI PETANG

Aktiviti unit beruniform pelajar sesi petang diadakan seperti biasa. Mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan sempena Minggu Sains dan Matematik 2010


Pn. Kalsom mengira markah kumpulan pelajar yang menyertai Explorace

Johan Kategori Car Force Race
Menyaksikan ketua kumpulan paracut dari tiap unit beruniform memulakan lontaran paracut
Terima kasih kepada Pelajar Pra-U yang telah memberikan kerjasama menjayakan aktiviti pertandingan Explorace, Air Force Car dan Parachute Egg. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Pusat Sumber, semua guru Sains dan Matematik sesi pagi dan petang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Minggu Sains dan Matematik 2010 kali ini

Untuk melihat gambar-gambar lain, layarilah:

BLOG AKTIVITI KOKURIKULUM SMKSC


Khamis, Julai 29, 2010

PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang mula dipasang untuk menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53

LAWATAN UNIT KURIKULUM KE MELAKA

Pelajar yang cemerlang semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 telah diraikan dan diberi peluang melawat UTeM Melaka. Terima kasih kepada PIBG kerana menaja pengangkutan dan makan. Disamping itu pihak sekolah juga kerana telah membiayai makan pelajar (RM3 X 78orang = RM234)


Rabu, Julai 28, 2010

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM PELAJAR SESI PAGI

Aktiviti kokurikulum unit beruniform pelajar sesi pagi kali ini berjalan seperti biasa. Pelajar mengambil bahagian dalam aturcara sempena Minggu Sains dan Matematik. Mereka mengambil bahagian dalam Explorace, membuat Poster dari bahan buangan, aktiviti permainan - Parachute Egg & Air - Forced Car, menyaksikan pameran di PSS dan Makmal Biologi



Pameran sains di Pusat Sumber Sekolah

GAMBAR LAIN SILA LAYARI BLOG AKTIVITI KOKURIKULUM SMKSC

Selasa, Julai 27, 2010

PESERTA EXPLORACE

Pn. Nor Jihan bt Mohammed membahagikan pelajar mengikut kumpulan (KRS) yang akan menyertai pertandingan sempena Minggu Sains dan Matematik

PESERTA LAWATAN KE MELAKA

Pn. Sarina Shaari mengedarkan borang kebenaran ibu bapa pelajar sesi petang yang akan mengikuti rombongan ke Melaka pada hari Khamis (29/7/2010)

IMUNISASI HPV

Pn. Safinaz mengedarkan borang kebenaran suntikan Imunisasi HPV kepada pelajar sesi petang

LATIHAN PERTANDINGAN "PARACHUTE EGG"


Siti Fairuz dan Nurul Ashikin sedang mencuba keberkesanan paracut yang direka agar berkemampuan mendarat dengan baik dan sempurna

MESYUARAT PELAKSANAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Mesyuarat Pelaksanaan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-53 telah diadakan di Bilik Mesyuarat.
Antara program yang akan dilaksanakan ialah:
1. Sayembara Kemerdekaan
2. Pengkisahan Sejarah, Tazkirah Kemerdekaan
3. Pertandingan membuat sepanduk kemerdekaan
4. Sketsa Kemerdekaan
5. Tayangan filem patriotik

SEMINAR BAHASA MALAYSIA - PMR

Seminar Bahasa Malaysia Tingkatan 3 berlangsung seperti biasa di Dewan Bestari

Perlancaran Minggu Sains & Matematik SEMESCO 2010

Tarikh : 26 Julai 2010 - 30 Julai 2010
Tema : Sains & Matematik Asas Kehidupan
Sasaran : Semua Pelajar SMKSC
Objektif : 1. Menarik minat pelajar terhdp mpel SC & M3
2. Meningkatkat keyakinan diri pel terhdp mpel Sc & M3
3. Memperkembangkan kemahiran Sc & M3 dlm diri pel
4. Menghbgkaitkan keptgan ilmu Sc & M3 yg dipelajari secara
teori dlm kelas ke dlm kehidupan seharian
5. Mengetahui tahap kesihatan diri dan langkah2 penjagaan

Aktiviti: 1. Kuis Sc & M3
2. Explorace
3. Membuat Poster
4. Permainan - Parachute Egg & Air-Forced Car
5. Pameran
6. Pemeriksaan & Rawatan Kesihatan Percuma
7. Pameran Pokok Stevia - Alternatif menggantikan Gula

Pn Hjh Noraini bt Abd Muin PK Kurikulum selaku Pemangku Pengetua SEMESCO sedang memberi ucapan Perasmian Minggu Sc & M3 pada 8.00 pg Isnin,26 Julai 2010.


Pn Wan Supiah bt Hj Yusof selaku Ketua Bidang Sc & M3 mewakili Bidang Sc & M3 memberi ucapan pembukaan Minggu Sc & M3.


PK 1 diiringi oleh KB Sc & M3 memotong banner...


Selepas memotong Banner Mgu Sc & M3, Pn Hjh Noraini menyalakan Thermite Reaction bagi menandakan kemuncak Pelancaran MInggu Sc & M3 SMKSC 2010.

Isnin, Julai 26, 2010

PROGRAM BACAAN YASIN

Bacaan Yasin telah diadakan di Dewan Bestari SMKSC untuk kesejahteraan Mohd. Ismail b. Baharudin (PPU-AB) yang kini koma di Hospital Sg. Buloh. Beliau telah ditimpa kemalangan jalanraya semasa memandu motor untuk melintas di persimpangan Beruntung Prima.

PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2010 - SESI PETANG

Majlis pelancaran Minggu Sains dan Matematik sesi petang telah disempurnakan oleh Pn. Asmah bt Kassim (GPK Petang) di tapak perhimpunan jam 6.20petang.
Pn. Asmah sedang memotong pita untuk melancarkan Minggu Sains dan Matematik Sesi Petang

Acara yang akan dianjurkan sempena minggu ini untuk sesi pagi dan sesi petang ialah:
1. Pameran Sains di PSS dan Makmal Biologi
2. Kuiz Sains - setiap hari
3. Kuiz Matematik - setiap hari
4. Explorerace - 28/7/2010 untuk sesi pagi, 30/7/2010 untuk sesi petang
5. Permainan - belon kereta, telur payung terjun.
6. Pertandigan bahan terbuang




CERAMAH MOTIVASI TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Sesi ceramah motivasi untuk pelajar tingkatan 3, 5 dan PPU-A telah diadakan di Dewan Bestari



Sabtu, Julai 24, 2010

KEMALANGAN JALANRAYA

Mohd. Ismail b. Baharudin, PPU-AB telah terlibat kemalangan jalan raya malam kelmarin di depan stesen minyak Esso Bkt. Sentosa. Beliau telah bertembembung dengan motor pelajar SMK. Tmn. Bunga Raya. Akibat kecederaan di otak, beliau telah menjalani pembedahan di otak, kini dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh. Didoakan agar beliau cepat sembuh dan keluarga beliau sabar atas musibah yang menimpa.

Jumaat, Julai 23, 2010

AKTIVITI PERMAINAN, KELAB DAN PERSATUAN

Pelajar sesi petang telah menghadiri aktiviti permainan dan kemudian aktiviti kelab dan persatuan.

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL

Ucapan En. Arunasalam menyentuh mengenai motivasi dan nasihat kepada pelajar

En. Revi Chander mengadakan sesi perjumpaan bersama pelajar tingkatan 3 di bilik kelas 1Dedikasi



PROGRAM BACAAN YASIN

Bacaan Yasin sesi pagi telah diadakan di tapak perhimpunan



Rabu, Julai 21, 2010

CIMB FOUNDATION COBRA SCHOOLS RUGBY DEVELOPMENT PROGRAMME






Pasukan Rugby Sekolah (lima belas pemain dan tiga orang guru iaitu En. Shukor, En Sabri dan En. Ashraff) telah menyertai klinik rugby anjuran kelab rugby COBRA dengan kerjasama kementerian pelajaran malaysia di SMK Kuala Kubu Bharu. Sekolah-sekolah lain yang turut serta menjayakan klinik tersebut adalah smk sg buaya, smk kkb dan mrsm. Maklumat lanjut tentang kelab COBRA boleh di dapati di laman web http://www.cobrarugby.com/index.php?mid=3197