SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Ogos 25, 2011

MAJLIS IHDA'LIL MUHTAJIN

Pn. Hjh. Mazlah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SEMESCO kerana telah berjaya mengimarahkan lagi bulan Ramadan melalui program yang telah dirancang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas dana dari pelbagai pihak bagi menjayakan program ini


YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali mengingatkan pelajar bahawa harapan PIBG amat tinggi agar semua pelajar berjaya dalam peperiksaan PMR, SPM, dan STPM. Jika pelajar berjaya, guru di SEMESCO adalah cemerlang dan secara langsung akan menjadikan SEMESCO sekolah yang terbilang



Tuan Puan Ikmal bt Tuan Abdullah merupakan aktivis "Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata". Kumpulan "facebooker" yang diterajui oleh En. Ahmad b. Saabon merupakan penggerak utama pengumpulan baju untuk golongan yang kurang mampu. Beliau menjelaskan bahawa pertubuhan NGO beliau telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan mendapat kerjasama Kementerian Penerangan Malaysia dan media utama mereka adalah akhbar Sinar Harian.



Kelihatan deretan kotak yang mengandungi barang-barang sumbangan untuk pelajar yang terpilih (gambar bawah)



Sebahagian penerima sumbangan yang dapat dirakamkan. YDP PIBG, En. Mohd. Radi b. Razali menyampaikan sumbangan hari raya kepada pelajar yang terpilih.