SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Jumaat, Ogos 05, 2011

PERINGATAN PERATURAN DISIPLIN DAN PERTANDINGAN VIDEO MERDEKA

En. Kamarulzaman mengingatkan sekali lagi kepada pelajar agar tidak melalui kawasan baikpulih bangunan Blok C dan Bangunan Blok D. Ini untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh kontraktor dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Pn. Sarina bt Shaari telah membuat pengumuman mengenai Pertandingan Mencipta Video Merdeka yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Hadiah pertandingan tersebut amat memberangsangkan. Terma dan syarat pertandingan adalah seperti berikut:
1. Tajuk Pertandingan: Pertandingan Mencipta Video Merdeka
2. Tema: ICT dan Kemerdekaan
3. Tarikh Mula: 1 Ogos, 2011
4. Tarikh Tutup: 7 September, 2011
5. Durasi: 3 hingga 5minit
Hadiah:
Tempat Pertama: RM5,000 + 4 x Ipad2, piala dan sijil penyertaan
Tempat Kedua: RM3,000 + 4 x Iphone4, piala dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga: RM2,000 + 4 x kamera digital, piala dan sijil penyertaan
Hadiah Saguhati: RM500 + sijil penyertaan x 7 kumpulan
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di Sekretariat, Pertandingan Mencipta Video Merdeka,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8688 8424
Faks: 03-8688 1006
Emel: videomerdeka@cmc.gov.my
Web: http://www.skmm.gov.my/