SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Ogos 24, 2011

MAJLIS PROGRAM PERMATAKU SAYANG

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Majlis Program PermataKu Sayang Peringkat Daerah Hulu Selangor yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Khalid b. Haji Jaafar (Pegawai PPDHS).






Pelajar Pra-Universiti di sekolah yang menawarkan tingkatan 6 di daerah ini telah berusaha mengumpul dana dan pakaian raya (baru) untuk lelaki dan perempuan. SMK. Sg. Choh telah mendapat tempat ke 3 dalam daerah, dengan jumlah pakaian yang dikumpulkan sebanyak 50pasang.





En. Abd. Sukor mewakili pengetua menerima sijil tempat ke 3 dari segi jumlah kutipan baju raya Saudara Ishak b Sairozi menerima sijil sebagai Pengerusi Program PermataKu Sayang Peringkat SMK. Sg. Choh