SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Isnin, Mac 04, 2013

Perhimpunan Rasmi Mingguan

Pn Normawati meminta pelajar yang layak mendapat biasiswa seperti kriteria yang ditetapkan supaya mengisi Borang Permohonan Biasiswa dan menghantar borang tersebut kepada beliau dengan segera.
Penyampaian Sijil kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2013. Seorang Pelajar iaitu Asrul Ashraff bin Abdullah telah terpilih untuk mewakili Daerah ke Perkhemahan Peringkat Negeri.
Penyampaian pingat kepada peserta Pertandingan ragbi Peringkat Hulu Selangor tahun 2013. SMK Sungai Choh telah menjadi Johan Bowl Peringkat Daerah
Pn Hjh Noraini selaku GPK Kurikulum mengumumkan bahawa ini adalah ucapan terakhir beliau di sekolah ini. Beliau telah Berkhidmat di SMK Sungai Choh selama 18 tahun dan akan berpindah ke SMK Gedangsa dan menjawat jawatan sebagai Pengetua. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan.