SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Mac 21, 2013

Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Guru - Guru sedang membuat analisis keputusan peperiksaan SPM sebelum diserahkan kepada pelajar

Calon - calon SPM sesi 2012 sedang menunggu keputusan diumumkan di Dewan Wawasan.
Setiausaha SPM 2013 mengumumkan keputusan SPM 2012 di Dewan Wawasan SMK Sungai Choh
Pelajar terbaik SPM 2012 iaitu  Lulus Rahmawati mendapat 9A di dalam SPM 2012





Keputusan SPM 2012 telah diumumkan hari ini dengan menunjukkan peningkatan pada kebanyakan subjek. Peratus kelulusan keseluruhan ialah 91.6% di mana peningkatan  sebanyak 3.8% daripada tahun 2011 iaitu 87.8%. Berikut ialah peratus kelulusan  bagi setiap subjek. 9 subjek mendapat kelulusan 100% iaitu Geografi, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, ICT, Fizik, Kimia, Biologi, dan juga Bahasa Tamil. Manakala subjek lain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing mendapat 91.6%, Pendidikan Islam 94.8%, Pendidikan Moral 70.5%, Sejarah 76.3%, matematik 79.3%, Sains 96.1%, Matematik Tambahan 97.5%, Perdagangan 98.1%, Tasawwur Islam 85.1%, dan Sastera Tamil  90%.