SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Sabtu, Mac 02, 2013

MESYUARAT EKONOMI STPM DAERAH HULU SELANGOR 2013

Pada 28 Februari 2013 (Khamis) telah berlangsung Mesyuarat Ekonomi Tingkatan 6 Daerah Hulu Selangor di mana SMK Sungai Choh sebagai pengerusi daerah. Mesyuarat bermula pada jam 2.15 petang. Agenda mesyuarat membincangkan perancangan aktiviti daerah bagi subjek tersebut. Antara yang aktiviti yang dirancang ialah Kuiz Ekonomi peringkat daerah dan Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi STPM daerah. Moga segala perancangan akan berjalan lancar kelak.