SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Selasa, Mei 28, 2013

EKSPEDISI KELANA KE TAMAN NEGARA, PAHANG

Pada 26 hingga 28 Mei 2013 seramai 35 orang pelajar PPU Atas  dan 7 orang guru telah menyertai Ekspedisi Kelana ke Taman Negara, Pahang. Pengalaman berharga dilalui antaranya merentas Sungai Tembeling dengan menaiki bot selama 3 jam.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah 'Night Walk' di mana peserta ekspedisi mengenali alam hutan di waktu malam. Ahli kelana juga merentasi sungai untuk ke Kelah Sanktuari. Pemandangan sepanjang ke Kelah Sankuari amat memukau mata semua yang memandang. Sebelum perjalanan balik pada 28Mei, ahli ekspedisi singgah ke Sanktuari Gajah di Kuala Gandah, Pahang.