SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Rabu, Mei 29, 2013

PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MEMERLUKAN


 Pada 23/5/2013, pihak sekolah telah membuat lawatan ziarah kasih ke rumah pelajar SEMESCO iaitu Syazliana Shahizal dari tingkatan 4 Sains Tulen. Pelajar ini menghidap penyakit tulang belakang yang memerlukan beliau menjalani SPINAL IMPLANT OPERATION di Hospital Sungai Buloh. Kos rawatan yang tinggi, mencecah puluhan ribu ringgit sangat membebankan mereka. Sehubungan itu pihak sekolah mencari dana dan sumbangan untuk membantu meringankan beban keluarga Syazliana.
 
 Pn Jamilah menyampaikan sumbangan kepada ibu Syazliana. Sumbangan adalah sebanyak RM1000 daripada YB Kamalanathan dan RM 1340 daripada PIBG dan warga SEMESCO. Terima kasih di atas sumbangan semua yang sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos rawatan Syazliana

Berdiri dari kiri adalah Pn Rosnah Zali Kaunselor Pelajar SMKSC, Pn Wan Supiah Guru Kebajikan SMKSC, Syazliana, Ibu Syazliana, Bapa Syazliana En Shahizal dan Pn Jamilah Pengetua SMKSC