SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. SG. CHOH

Khamis, Mei 16, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

 Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013. Tema pada tahun ini adalah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA. Sambutan Hari Guru bermula selepas pelajar rehat. Guru-guru Islam bergerak ke surau untuk menunaikan solat hajat, tahlil dan bacaan yassin.

ACARA DI SURAU



Guru-guru sedang menunaikan solat hajat secara berjemaah.




Solat sunat, tahlil dan bacaan yassin ini diadakan setiap kali sambutan hari guru bertujuan mengeratkan silaturrahim guru-guru, membersihkan jiwa dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

ACARA DI DEWAN

Guru-guru ke dewan untuk acara rasmi sambutan hari guru

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zabidi

 Para pelajar berkumpul di dewan


 Muhammad Farhan bin Mohd Noor selaku ketua pengawas menyampaikan ucapan mewakili pelajar-pelajar

 Ucapan daripada Pengetua, Pn Hjh Jamilah Bt Hussein

 Ucapan daripada YDP PIBG, En Radi

 Bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Tn Hj Sameon

 Guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru 2013

 Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar pengakap muda



Persembahan nyanyian pelajar tingkatan PPU bawah

 Persembahan sketsa yang mencuit hati daripada pelajar-pelajar PPU bawah


Persembahan istimewa - nyanyian merdu daripada Pn Rosna Noh.

Pelajar-pelajar di belakang tabir yang membantu menjayakan majlis rasmi di dewan

wajah guru-guru semesco





ACARA DI PADANG

Selesai acara rasmi di dewan, guru-guru dan pelajar-pelajar bergerak ke dewan untuk acara padang dan sukaneka.

  •  Guru-guru perempuan bergandingan dengan pelajar-pelajar PPu dalam acara bola jaring.









      • Guru-guru lelaki bergandingan dengan pelajar lelaki dalam acara bola sepak



 

  • Acara sukaneka


  •  Permainan congkak




ACARA DI DEWAN MAKAN (BILIK MESYUARAT)